Era Tuan Haji Sulaiman Sekolah_Menengah_Sains_Tapah

Jabatan Pelajaran Negeri Perak mengumumkan keputusan SPM negeri di sekolah ini setelah SESTA mencipta satu rekod yang mengejutkan sebagai sekolah yang baru kali pertama mendudukinya.

Tuan Haji Sulaiman bin Haji Samsudin menggalas jawatan pengetua pada tahun 2013, bertukar daripada SMK Ulu Bernam. Pada zaman pentadbirannya (2013 hingga 2015) SESTA terus menunjukkan taringnya sebagai sekolah berasrama penuh yang setanding dengan sekolah-sekolah premier dan sekolah-sekolah berprestasi tinggi. Pasukan Inovasi telah berjaya menggondol pelbagai anugerah dalam setiap pertandingan yang disertai di seluruh Malaysia dan di seantero dunia. Pasukan Adikestari, pasukan tarian sekolah ini terus menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan menjuarai pelabagai pertandingan samada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Kedua-dua pasukan ini telah menjadi kebanggaan sekolah kerana pencapaian mereka yang memberangsangkan.

Sekolah ini telah diberi penghormatan oleh Jabatan Pelajaran Perak sebagai tempat pengumuman keputusan SPM negeri tersebut pada Mac 2013. Hal ini kerana sekolah ini telah mencatatkan keputusan yang membanggakan meskipun peperiksaan itu baru pertama kali diadakan. Dalam majlis ini, diumumkan juga SESTA mendapat tempat kedua di Perak, hanya berada dibelakang MCKK dengan 41 orang mendapat semua 'A' dalam peperiksaan dan diantara mereka terdapat 2 orang yang mendapat '9A+' Kejayaan ini turut dirakam oleh pihak media arus perdana yang membuat liputan di SESTA.

Keracunan Makanan

Laporan keracunan makanan ini menjadi paparan muka hadapan akhbar Berita Harian, 4 Oktober 2013.

Namun disebalik segala kejayaan itu, terdapat juga detik-detik malang yang dilalui warga sekolah tersebut. Telah berlaku kes keracunan makanan pada 3 Oktober 2013, dipercayai berpunca daripada lauk ayam kurma yang disediakan pihak pengurusan dewan makan sekolah ini untuk makan malam sehari sebelumnya. Sebanyak lebih 200 orang murid dikejarkan ke klinik kerajaan terdekat untuk rawatan serta beberapa orang terpaksa dirujuk ke Hospital Tapah akibat masalah keracunan yang terlalu kritikal. Lebih mendukacitakan, kejadian ini berlaku sewaktu peperiksaan PMR sedang diadakan, memaksa calon yang menghadapi masalah tersebut terpaksa menjawab pula peperiksaan itu di hospital. Kejadian ini menjadi isu utama sesetengah akhbar arus perdana keesokannya kerana kejadian ini berlaku tidak lama selepas kes keracunan makanan di majlis kenduri kahwin di utara tanahair menggemparkan negara.

Sekolah Kluster Kecemerlangan

Pada tahun 2014, SESTA terus mencatat kejayaan demi kejayaan. Sekolah ini juga turut mendapat perhatian media kerana kejayaannya di pertandingan peringkat antarabangsa. Lebih membanggakan lagi, SESTA diberikan taraf Sekolah Kluster Kecemerlangan pada Jun 2014.